Saturday, February 27, 2010

Perjalanan kehidupan

Seorang manusia akan pasti berjalan dan menyusuri jalan-jalan kehidupan akan setiap apa yang disusuri itu dipenuhi dengan pengisian yang indah.Aku adalah manusia biasa yang masih menanti dan menuggu sesuatu yang aku rasa mungkin aku akan dapat tapi masih samar-samar.dan dia telah membuat aku menjadi manusia yang menyukai dirinya.kerana bagi aku dia insan biasa sahaja tetapi memiliki sesuatu yang luar biasa....Allah telah takdirkan aku dan dia berjumpa....

Perjalanan hidup ini penuh berliku dengan seribu kemanisan dan sejuta penderitaan yang telah melemaskan diri ini didalam ruang yang dicipta sendiri....kerana takdir telah membawa manusia kesuatu tempat yang mungkin tidak pernah difikir oleh manusia itu sendiri....pastinya perjalanan akan membawa diri ini kesuatu tempat sama ada bahagia atau tidak itulah hidup ini...

Thursday, February 25, 2010

cinta yang cukup indah untuk menjadikan diri manusia bahagia tetapi cinta telah menjadikan manusia hamba yang tidak pernah menuruti apa yang mereka kehendaki.bila gagal dalam cinta akan wujud rasa sedih yang melampau dalam hidup sehingga lupa akan cinta pada Allah SWT itu begitu besar dan bermakna dalam setiap hidup.sekiranya cinta masih ada jadikan ia sebagai cinta kepada yang Maha Esa agar menjadi sebuah keredhaan yang sentiasa mengiringi hidup kita dengan payung rahmat dan limpahan yang sentiasa memberi ruang kepada agar menjadi anugerah yang maha besar.

jika kita gagal kita akan sentiasa mendapat cinta darinya dan jika kita berjaya kita akan mendapat dua cinta yang begitu indah iaitu cinta kepada yang Maha Esa dan cinta kepada hati manusia saling faham dan saling berkongsi kasih sayang.Jangan kita tergelam dalam cinta kerana kedalaman cinta sukar untuk kita jejaki walaupun kita menyambung semua tali-tali ataupun dawai-dawai yang ada didunia dan kedalaman cinta itu hanya manusia itu sendiri yang tahu kerana pasti setiap manusia akan tahu tahad cinta mereka itu sendiri.

Percayalah jika kita gagal dalam cinta kita hanya gagal dalam usaha untuk menawan hati manusia itu sahaja tetapi kita masih banyak peluang untuk menawan kejayaan lain dalam hidup...