Thursday, February 25, 2010

cinta yang cukup indah untuk menjadikan diri manusia bahagia tetapi cinta telah menjadikan manusia hamba yang tidak pernah menuruti apa yang mereka kehendaki.bila gagal dalam cinta akan wujud rasa sedih yang melampau dalam hidup sehingga lupa akan cinta pada Allah SWT itu begitu besar dan bermakna dalam setiap hidup.sekiranya cinta masih ada jadikan ia sebagai cinta kepada yang Maha Esa agar menjadi sebuah keredhaan yang sentiasa mengiringi hidup kita dengan payung rahmat dan limpahan yang sentiasa memberi ruang kepada agar menjadi anugerah yang maha besar.

jika kita gagal kita akan sentiasa mendapat cinta darinya dan jika kita berjaya kita akan mendapat dua cinta yang begitu indah iaitu cinta kepada yang Maha Esa dan cinta kepada hati manusia saling faham dan saling berkongsi kasih sayang.Jangan kita tergelam dalam cinta kerana kedalaman cinta sukar untuk kita jejaki walaupun kita menyambung semua tali-tali ataupun dawai-dawai yang ada didunia dan kedalaman cinta itu hanya manusia itu sendiri yang tahu kerana pasti setiap manusia akan tahu tahad cinta mereka itu sendiri.

Percayalah jika kita gagal dalam cinta kita hanya gagal dalam usaha untuk menawan hati manusia itu sahaja tetapi kita masih banyak peluang untuk menawan kejayaan lain dalam hidup...

No comments:

Post a Comment